Sunday, January 10, 2010

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar




Sepanjang pembacaan dan rujukan pelbagai sumber, SPC amat teruja dalam mengkaji dan mengetahui tips dan kaedah menjana IQ "kanak-kanak pintar". Di sini SPC ingin berkongsi bersama-sama pembaca apa yang telah SPC perolehi:

cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya


embarrassed Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Tip membentuk anak berkelakuan baik



Tip membentuk anak berkelakuan baik

*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.

*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.

*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.

*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

Wednesday, June 03, 2009

Monday, May 18, 2009

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif ++

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif ++



1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia".
Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.

Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto (Indonesia) yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.

Inilah juga yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin di negara kita sekarang ini. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin (wakil rakyat).

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan.

"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut."
Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan:
Penakut tidak dapat apa-apa.

Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Diri Anda!

Monday, May 11, 2009

Projek Akhir Student Multimedia Sesi 2 2008/2009

Assalamualaikum semua,

Kali ini SPC ingin berkongsi pengalaman mengajar student SPC yang memang la 'nakal' dan bijak. Erm..tau-taula muda remaja.Semua nak explore kan!. Tapi, kalau bab explore untuk ilmu baru memang la liat bukan main. Okla, ini antara projek DDZ2543 (Teknik Rekabentuk Arahan & Alatan Gubahan) yang student buat. Boleh tahan jugak..
:-)





Sunday, May 10, 2009

~@Minda +++ Positif @~

Minda dan Sikap Positif Minda dan Sikap Positif Abd Rashid Abdul Halim

Wednesday, April 01, 2009

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

• Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
• Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

• Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

• Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

• Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

• Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
• Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

• Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

• Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

• Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

• Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

• Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

• Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

• Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

• Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

• Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
• Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

• Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

• Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
• Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

• Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

• Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

• Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
• Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
• Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

• Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

• Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

• Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
• Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
• Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

• Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

• Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
• Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Monday, November 10, 2008

My Personality..Is it true? Just for Fun..






Individualistic Doer (ID)


Individualistic Doers are self-assured and very independent persons. They are quiet and realistic, very rational, extremely matter of fact persons. They strongly cultivate their individualism and enjoy applying their abilities to new tasks. But they are also very spontaneous and impulsive persons who like to follow their sudden inspirations. Individualistic Doers are good and precise observers who register everything which goes on around them. However, they are not so sensitive as regards interpersonal relations and are surprised when they occasionally rub someone up the wrong way with their direct and blunt manner. They are not particularly fond of obligations; but if you give them space, they are uncomplicated, sociable and cheerful individuals.

Individualistic Doers enjoy challenges - action and the odd kick are simply part of their life. They love tempting fate and many people of this type have risky hobbies such as skydiving or bungee jumping. This also applies to their workaday life. Individualistic Doers are in top form in critical situations; they can grasp situations, make decisions and take the necessary steps extremely quickly. Hierarchies and authorities impress them very little; if a superior is not competent, they will have little respect for him. Individualistic Doers like to take on responsibility. They have a marked sense of reality and always find the most suitable and expedient solution for a problem. They resolve conflicts openly and directly; here, they sometimes lack tact but are also very good at taking criticism themselves.

As friends, Individualistic Doers are loyal and devoted; they only have a few friendships but many of them last a lifetime. People enjoy talking to them because of their optimistic attitude to life and their ability to listen. However, they prefer to talk about mutual interests and hobbies rather than about theoretical or philosophical issues - they are not tangible enough for them. They need a lot of freedom and time to themselves in love relationships but, at the same time, they are also very tolerant towards their partners. It happens very seldom that Individualistic Doers fall head over heels in love. They are far too rational. They prefer to pick their partner on the basis of mutual interests and preferences which they want to share with that partner. Individualistic Doers are not particularly fond of effusive outbursts of emotion. They prefer to prove their love by their actions and expect the same of their partner. Whoever wishes to tie an Individualistic Doer to himself needs a lot of patience. It takes some time before this personality type is willing to get involved with another person.


Adjectives which describe your type
introverted, practical, logical, spontaneous, adventurous, resolved, independent, fearless, loyal, analytical, realistic, optimistic, interested, quiet, curious, circumspect, individualistic, action-loving, venturesome, cool, dispassionate, reserved, skilful, confident, independent, communicative, down-to-earth


These subjects could interest you
travel, nature, hiking, cars, model making, gardening, drawing/painting, astrology, spiritual matters, music, literature, writing, strategy games, politics

Antara Projek Pra Final Student Den



Pameran Booth KTD di Balai Islam Lundang pada 8/11/08





Pameran KTD masa nih best juga..walaupun pada mulanya den maleh nak jaga Hari Sabtu ujung minggu tuh, tapi bila dah sampai rasa seronok la gak. Penat tu memang la tapi seronok.
Mungkin skill PR memang dah ada dalam diri. Tengok orang la..kekeke (gelak abg)
Tugas bermula kul 9.00 pagi . Sampai depan pintu masuk Balai Islam Lundang, KB kul 8.45. Abang lak ada seminar kat Sutera Inn. Jadi dua-dua la ada kije hari tuh...kitorang nih 'professional' (ayat abg gak tuh! :P)..kan abg kan..heheh

Kul 9.00 pintu masuk dah buka oleh pak guard. Mula la kitorang setkan booth kitorang.Mujur diorang tinggalkan pamplet and brochure. Kalau tak memang kosong la tempat KTD tu. Dah la takder LCD. Orang lain punyer la gempaks maut. Malu gak..aperla

Pastu kitorang jaga booth sampai kul 5.00 petang. Kitorang tu den n Azrin (pensyarah Pengurusan Teknologi) la. 2 orang shift pagi-petang. Tapi kitorang memang gempaks pong...tak payah ramai-ramai. Tengok muka je orang terus tertarik nak datang dekat . Wakakaka (gelak jahat)

Erm..kul 4.00 abang datang jemput. Tapi ckp kat abg kena tunggu sampai dorang datang. Mula-mula tu berasap gak sebab shift kitorang sampai kul 3.00 petang je. Tapi teringatkan kata-kata Kak Midah (Pengurus HEA) kitorang di KTD, kerja mesti ikhlas..so..sabar jela walaupun tak sabar..Abg nampak ok je..abg kan cool hensem.

Masa tu sempat gak la abang Bomba belanjer kitorang minum kat restoran depan. Den minum air masak je. RUGI WOOO!!!. Hehehe. Benornya abang tu nak belanjer Azrin and adeqnyer. Kebetulan makan sekali, dia belanja laa...(trick lelaki dah lapuk tu che' abe oit..)

Petang tu tak sempat nak amik gambar kat booth orang lain. Ye la dah lewat petang. Muka masing-masing pun dah penat.

OK la, den nak abihkan cerita den di sini
Kita jumpa lain hari kalau umur panjang. Insyallah. Bubye chiow cin cau! :)

SPC With Luv

Wednesday, October 15, 2008

L@gu Ini ~ Khas Untuk @b@ang terSay@ng.

Ayat-ayat Cinta

By : Rossa

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

Kembali ke reff

Ketika ku bersujud

Lab Animasi DDZ2552

Assalamualaikum..
Fuh..penat tol ari nih.
Ada Makmal Animasi DDZ2552 kat KTD. Perbentangan individu mengikut tutorial yang diambil daripada internet.
Bijak-bijak belaka pelajar den nih. Kekadang dorang yang bagitau den macam mana nak buat ..kahkahkah. DOrang buat games, slide show, animasi ringkas, screen saver dan macam-macam lagila..
OK la, den nak gi semayang Zohor sat. Jap gi nak tazkirah. Den masih lagi sakit kepala.Tok leh nak buat berat2. Tak exercise macam ni laaa..
Baru-baru ni nak gi KL tak jadi. Kena bagi balik duit elaun. RM145 gak tuh. dah guna buat beli tiket bas..huhuhuwaaa!
Ok.salam buat semua yer! jangan marah2 nanti cepat tua..kkeke..
Bubye!

Saturday, October 11, 2008

~Rumah Terbuka Bersama PA~

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? SPC dah lama rasa tak mencoretkan cerita-cerita terkini.keke
Baru-baru ini SPC buat rumah terbuka hari raya pada 11 Oktober 2008 di rumah SPC, Pasir Mas. Fuuhh..memang penat tapi seronok sebab meriah dengan suara-suara anak-anak PA SPC(Rashid la tu! :p). Walaupun simple..lauk-pauknyer..simple pun, nasi minyak jugak tuh! hehehe.
SPC sekarang nih sakit kepala. Berdenyut-denyut sakit macam ada urat kena tarik. Nak ngajar pun terganggu. Kalau main sakit kepala nih memang tak boleh nak buat aper laa..OK la, sampai di sini dulu SPC coret-coret. Banyak2 pun buhsan gak nak baca ek!
Orait..chiaw..

Thursday, October 09, 2008

Projek Student DDZ2552 - Animasi

Ha, hari ini makmal animasi lebih meriah dengan kreativiti student SPC. Kecoh dibuatnyer dengan pelbagai idea dan kerenah dorang nih. Macam-macam ada..

Ini dia antara latihan makmal yang dorang buat.
Kekekeh..boleh tahan laa...
TAHNIAH!



Tuesday, October 07, 2008

~Suasana Hari Rayer~

Aduih..terasa maleh tol SPC nak buat kije. Nota student ada lagi tak siap tapi nak start buat tu mcm ada besi kat tangan. Puh kananm puh kiri, mambang mana la yang dok hasut nih..heheh

Student PA SPC katanya nak datang beraya di rumah SPC.Yelah, kesian lak katanya nak datang beraya rumah mak angkat. Mak ke..muda lagi seh..:-)

Erm..hari Sabtu nih nak masak aper ek? Mihoon goreng + sate + kek raya.Ok tak? Ok la tu ek..nak buat banyak2 pun bukannya ada orang nak tolong..kekeke

Sesambil tu SPC kena spare duit raya plak. Baper hinggit nak bagi dorang ek..RM2 ok tak..kekeke,Budak besar takleh duit byk2..:P

Sekarang nih SPC tengah tengok YOUTUBE Upin& Ipin..sonot la sket lepas budak2 KTD study leave..
tinggal budak UTM je lagi nak ajar..budak2 UTM nih bijak sket dari KTD. Senang nak ajar. Budak KTD kekadang slow motion..sabar jelaa.

OK la, SPC nak wat kuiz kat dorang nih. Bior pandai sket. :)
Chiow yer..assalamualaikum...

KTD


Ni saje je amik aura kat opis KTD.Biasa je tempat lecturer.Penuh dengan kertas2.kekeke

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~Berhari raya bersama My Hubby



Hari ini hari raya ke-7 kot.hehehe.SPC dah mula masuk kije di KTD. Rasa tak puas lagi nak beraya.MAcam ada yang tak lengkap ajer. Tapi takperlah, sekurang-kurangnya tahun ini adalah tahun yang amat bermakna dalam hidup SPC. Yelah, dah jadi milik orang. Beraya pun 2 orang.2 keluarga besar .Keluarga abang alhamdulillah, semuanya ok ajer.Takder kekangan pun.hehehe

Erm, tapi beraya bersama keluarga dah kurang spent time. Dulu ngan adik2 seme pakat jalan2 cari baju raya. Tahun nih SPC pancit lak.sebab banyak yang tak setel.Apa lagi, kuih raya SPC la. Mujurlah, abg bagi can buat kuih raya. Kalau tak, tak dpat la nak rasa nikmat buat kuih raya...kekeke

Raya pertama tahun ni di rumah SPC. Masuk raya kedua dah pegi rumah abang di Kuala Krai. Huhu..tak puas nak beraya ngan famili pasir mas.tapi takperlah, bagi can..hehehe

Erm..duit raya pulak banyak abis buat bagi anak buah n ipar duai. Klau gaji Rm2K boleh la bernafas. Ni pun dah rasa semput. Mak!!! Bila gaji nak masuk nih...Mintak2 la KE naikkan gaji SEM 1 di atas pencapaian student yang cemerlang..kekeke

OK la, SPC nak siapkan nota student untuk esok lak. Chiow dulu..Salam...

Saturday, September 27, 2008

Hari Bahagia Ikin & Faizum (29/05/08)

Pensyarah di KTD



Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia-Nya dapat ikin coretkan tinta-tinta emas ini untuk mengisi masa terluang yang ada.
Hai..sekarang nih ikin di KTD atau Kolej Teknologi Darulnaim di Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai Pensyarah Multimedia. Alhamdulillsh, murah rezeki ikin untuk bekerja di sisi suami tersayang. Mana taknya, kalau tak dapat, alamatnya jadi suri rumah sepenuh masa la..hehe.

Sebenarnya, best jadi suri rumah. Dapat menunaikan tanggungjawap sebagai isteri dengan baik. Yelah, byk masa untuk kemas rumah, masak hidangan lazat untuk suami, dn mcm2 lagi la.Tau la kan, bila dah kerja, semuanya jadi kelam-kabut. Kena pandai bahagi masa.Kekadang tak ingat nak gosok baju suami gi kerja..hehehe

Masa bercinta dgn berkahwin memang lain. Kalau bercinta, rasanya gitu-gitu ajer. Tak best macam sekarang ni. Sekarang leh manja lebih2. Tak sape nak larang.Ikin bahagia bersama suami. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan anugerah yang paling bernilai buat Ikin. Ha, klau nak tau mcm mana perbezaan antara bujang n kawin..cepat2 la kawin.

Student ikin kat KTD nih best giler. Giler-giler pun ada, manjer pun ada, serius pun ada dan macam2 lagi la. Memang pengalaman jadi pensyarah nih mematangkan prinsip hidup kiter sebabnyer kena didik student jadi the best. Yelah, kan banyak kes salahlaku remaja skrg nih. Risau gak kalau tersalah didik. Erm..takper2 ikin kan COOOL..heheh

OKlah, dah panjang lebar nih..nanti ikin nak masukkan gambar ikin di KTD .

Insyallah, semoga berjumpa lagi!