Thursday, December 21, 2006

Hani kawin..

Tuesday, December 19, 2006

Gi tengok sambutan meri krismas kat midvalley..


Masa ini spc ngan cna gi midvalley .Hari isnin masa opis hour lak tuh..heheh..yelah, nak tunggu cna kuar hari ahad dia tak larat sebab baru sampai dari sabah.Janji kul 11 tapi dah terlajak sampai kul 1 petang.
Sambutan krismas di midvaley boleh la tahan meriah...ada la gantung2 kat pokok..ntah apa2 la plak..ok la
tak tau nak tulis aper dah..hehe
chiow...

Wednesday, August 30, 2006

Sate..oo..sate Kajang Samuri


Sate Kajang Samuri 29 Ogos 2006

Wah..Farid ajak makan sate la.Aper lagi SPC pon tak kisah la.Ikut je la .Lagipun SPC memang dah lama tak makan sate kajang lepas belanja famili makan masa konvo tahun lepas. mm..tak banyak berubah pun tempat sate kajang tu.Cuma makin ramai orang la.Hehe.:)
Masa nak pegi kajang nih,SPC, pejom, ila n farid gi naik kete farid. Kete Gen 2. Punya dasyat punya orang bawa kete ni. Farid memang kaki cilok nyer orang. Abih lori2 kayu pon dia cilok.Dasat tol..
SPc ngan ila duk sit belakang masa tu kecut perut. Sampai kan terpaksa pakai sit belt.Tu dok belakang tuh.Kalau duk depan tak tau la. Lagi penakut.Dalam 1/2 jam gak la meredah jalan raya nak sampai ke kajang nih.
Sampai2 je dah magrib. Sempat gak la SPC semayang Mgrib kat masjid. Masa tu pon dah kul 8.00 malam.
Lepas semayang Mgrib je SPC ngan member2 (dorang la..) gi tempat sate kajang.Pejom lak mcm tak sabar2 nak ratah sate.Agaknyer dia lapo kot..:P (p/s : pejom jgn marah aaa..)
Puh..sampai tepat duduk je kitorang lepaskan lelah.Bukan penat jalan tapi penat tahan kecut perut bila teringatkan si farid bawa kete macam dia bawa kete kontrol kat tasik titiwangsa tuh..heheh
Masa ni SPC dapat makan 12 cucuk sate. Kenyang beb! Dah la bulat..makin bulat jadinyer..heheh.
Ingatkan kena bayar sendiri tapi si farid lak tolong bayar. Sian dia. Mesti banyak abih..dulu SPC belanjer famili pon abih RM60 gak.
Tetiba rasa bersalah yang teramat sangat..huhuh...
Erm..ok la..SPC dah rasa ngantuk nih..hehe.
Nanti kan citer yang lain lak..
Adious..

Friday, August 25, 2006

Pemergian Hani, kawan paling rapat kat opis Imatera


Permergian Hani ke Opis Baru..25 Ogos 2006

Hani, sahabat paling karib kat opis dah meninggalkan SPC kontang-kanting kat Imatera nih. Huhu..tapi tak perlah, rezeki dia kat Kedah nuh.Nak buat camner. Masa nak balik petang tu, kitorang salam2 n mntak maaf banyak2 atas perkara yang telah dilakukan selama dok 2 thn kat Imatera. Kongsi makanan, minum,joging sama2, beli-belah sama2. Teringat makan meehoon dia kat surau Imatera. Best giler. Kenangan yang sweet ajer. Susah nak dapat kawan camtu.Dah la SPC nih memilih sket nak berkawan kamceng. Kalau kawan besa2 tu banyak ajer. Kawan susah senang hanya 1 dalam 1000.
Erm..takperlah...doa2 la semoga lepas nih Hani berjaya menjadi lecturer yang paling best mendidik anak-anak bangsa.
Wahaha..
Hidup SPC pon kena la happy2 selalu.
Cari kawan sebanyak mungkin...
Jgn cari lawan udah..
Ok...adiousss..

Kenduri Kawin DIN & BAYA



20 Ogos 2006

Tarikh keramat bagi DIN & Baya yang telah selamat pon bernikah.Wah..baguslah, bender baik tak boleh tangguh2. Lagipun diorang ni memang member kamceng sejak masuk opis lagi.
Masa nih pergi ngan kete kak ina. Masa tu syiok sangat sebab sempat beli belah hadiah nak bagi kat dorang. Bagi hadiah blender tuh..hehe..kongsi ngan hani dan pejom.
Pastu balut main taram jerk. Yelah...kelam kabut nak balut..sampai tulis kad pon dalam kete kak ina.
Wah...
Penat tol amik gambar dorang nih..mcm amik gambar artis lak.Berpeluh je. Kalau kiter yang kawin..mcm mana la..hahah ;)
Ok la, tak ingat apa dah nak tulis..
Apa2 pun SEMOGA BERBAHAGIA hingga ke AKHIR HAYAT...
Luv u all,
MUAHs

Tuesday, July 18, 2006



Created By SPC 2006
Ini adalah beberapa laman web yang telah dibangunkan oleh SPC sejak 2006.Iyelah masa tuh baru kije ngan IDIS. Jadi kena la kuatkan semangat untuk siapkan beberapa projek.Sekarang tengah sibuk ngan MyStaf lak.
OK la, SPC dah kekenyangan nih.Nak tulis pun jadi malas.
Bye...
:)

Wednesday, July 12, 2006

At Taman Tasik Perdana (Pameran Landskap 2006)



Di Taman Tasik Perdana Sempena Pameran Landskap 2006 (11/07/2006 8.00 pm)

Wah..cantiknyer pameran lanskap nih. Rugi kalau korang tak gi. Pameran ni berakhir 16 Julai 2006.Tu la SPC ajak tokey top up gi sama.Rugi lepaskan peluang nih.Setahun sekali je tuh. Masa nih cadangnyer SPC nak gi kul 5.30 petang lepas abih kije. Tapi disebabkan kije banyak, tambah lagi SPC tak sabar2 nak tengok apa yang ada kat pameran nih jadi SPC ajakla tokey top up gi sekali.Hehehe..sian tokey top up. Mesti penat jln2 keliling tasik perdana nih. Lagipun tasik nih cantik geng. Kalau nak gi joging memang syiok. Jgn kan joging dating pon masyuk.hihi..
Masa SPC sampai kat sini SPC ingatkan nak ushar2 ke dulu...betul ke best.Bila SPC sampai jek kat pintu masuk SPC tengok ramai orang berbaris...loh, kena bayar la.Ingatkan pree. SPC nak sangat tengok, yelah dah alang2 datang jauhkan. Jadi SPC pun bayar tiket masuk untuk 2 orang.Satu untuk SPC n satu lagi untuk tokey top up.

Bila SPC masuk je kitorang di beri pelan masuk.Punyer la panjang benor laluan pameran nih. Ada jual bunga2an sekali tuh.huhu.ingatkna nak beli lepas pusing semua tempat tapi tak sempat la.Sebab masa tu tak semua tempat kitorang gi.Nak gi lagi!

Kat atas tuh SPC letak gambar yang ok. Kebanyakkanyer gambar gelap sebab malam,kan! Tapi kalau gi siang lagi besh. huhuhu..
Korang tau tak, masa SPC jln2 ni, SPC terserempak ngan IZZAh n SHAH.Kawan kamceng masa kat kuliah dulu. Tapi yelah, masa tuh kawan kamceng kat UKM .Sekarang terlost contact. Izzah n Shah maintain jer. SPC gak yang susah nak maintain.heheh..kejap montel, kejap kurus pastu montel balik.Tapi montel2 pun, ada gak orang sayang..hohoho..my famili la..:p

Erm..apa2 pun SPC nak ucapkan tima kasih bebanyak kat tokey top up sebab temankan SPC gi sana. Kalau tak, memang tak merasa la nak tengok pameran tuh. SPC sayang kat tokey top up nih..heheh
:P
K la, melalut banyak2 pun korang tak dapat rasa mcmmana best nyer gi sana. Kalau korang sempat baca blog nih sebelum 16/07/2006..bertuah la korang sebab dapat tengok lagi ..kalau nak tengok la..kalau tak, erm..melepas..
Chiow dulu ek..
Luv U all,
SPC

Sunday, July 09, 2006

My BestFriend, my Love ..[At Tasik Ttiwangsa 6.30 pm]








At Tasik Titiwangsa 09/07/2006 (6.30 pm)

Masa ni SPC bercadang ngan tokey topup ni nak gi joging keliling tasik 2 round.Tapi memandangkan terbabas masa, SPC cuma leh amik gambar la.Itupun pencahayaan tak berapa masyuk..hehhe.
Tokey top up ni pun satu.Masa ni la nak gi joging lak..hehhe
Ok la, tak leh nak komen banyak2....
Chow...
Luv u, SPC

Monday, July 03, 2006

Its my Office and my lovely stuff...







Catch by My Camera Digital (Sony Cybershot 6.0 MP)
Heheh..kengkawan jgn jeles tau.Ni pon abih duit simpanan semata2 nak beli camera digital nih.huu.. Sebenarnya nak gunakan untuk e-commerce nanti.Yelah..nak buat perniagaan online.hehe..
Kalau ikutkan gaji Imatera nih baper la sangat...sekadar boleh lepas perut boleh la..nak bayar kete, motor, sewa umah, bil api letrik, shopping2, alat2 kosmetik, facial muka, facial badan,dan dot dot dot...hi..naik botak nak bayar semua tuh. Jadi, sebaik2 nya ada la sumber pendapatan sampingan...hehe..
Entah la, dalam perancangan 2007...

p/s: Alem, ko nyer projek tuh ganer citer? :-P

Cadangan Membina Projek Duit Lebih..hehehe

Thursday, June 15, 2006



Nurani - Kristal

Jangan menangis Nurani
Jangan bersedih Nurani
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya

Jangan menyesal Nurani
Jangan berdendam Nurani
Apa dah tulis Apa dah Takdir
Kita tak mampu meronaknya

c/o
Biarkan saja masa ( lalu )
Yang membongkar rahsia ( kita )
Mengapakah kita bertemu Dan berpisah ( kasihku )
Sedang cinta kitaBukan kita yang menyusun
Alkisah sampai ke akhir cerita

oohh...Biar pun zahir berjauhan
Biar pun batin bersempadan
kasih terhijab masih menyimpan
cinta rapi di dalam...

Monday, February 27, 2006


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnyaSi suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Salam Pengikat Ukhwah

Di sebalik jabat tangan , BERJABAT tangan, bersalam; satu amalan yang begitu ‘dekat’ dalam kehidupan masyarakat kita sejak dulu lagi. Ia sudah menjadi budaya dan kelaziman, serta pengukur tinggi budi seseorang.Amalan bersalam tidak terbatas untuk masa tertentu saja, malah ia bagaikan satu kemestian dalam jalinan sesebuah hubungan interpersonal. Ia bukan saja diamalkan di kalangan orang kita saja, malah di peringkat global juga walaupun sesetengah negara mempunyai tradisi berlainan dalam menunjukkan ‘salam’ mereka.Kita sudah terbiasa, bila berjumpa dan diperkenal dengan sesiapa, akan didahului dengan jabat tangan dan apabila hendak berpisah, salam turut dihulur sebagai tanda minta diri.Dalam adat perkahwinan Melayu, sewaktu upacara lafaz akad nikah juga dilakukan secara bersalam antara jurunikah dan pengantin dan juga dalam dunia korporat, amalan ini sering dilihat di waktu perjumpaan, mesyuarat dan tidak ketinggalan di sesuatu majlis menandatangani perjanjian atau kerjasama perniagaan.Jika dilihat dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks kekeluargaan, bersalam dianggap sebagai tanda hormat kepada seseorang, daripada yang muda kepada yang tua, juga sebaliknya.


Malah, nilai murni ini diterapkan sejak kecil, dan pada peringkat itu lagi kita sudah dididik supaya bersalam dengan orang tua, selain membongkok sedikit bila berjalan di hadapan mereka. Tingginya nilai kedua-dua amalan ini dalam budaya kita hingga seseorang itu dikatakan kurang adab jika tidak melakukannya.Melihat dari gaya hidup masa kini pula, amalan bersalam bukan lagi sekadar perlakuan menghulur dan menyambut tangan semata-mata, tetapi pelbagai jenis salam yang dilakukan segelintir masyarakat pada hari ini.Diperhatikan, segelintir remaja dan golongan tertentu yang mempunyai gaya bersalam yang tersendiri. Ada yang berjabat tangan, kemudian bercalit ibu jari, ada yang bersalam kemudian berlaga pipi dan tak kurang juga yang sekadar bertampar tangan saja. Yang tak biasa bersalam pun ada!

Apapun gaya bersalam yang diamalkan, pokok-pangkalnya kembali kepada diri sendiri. Masing-masing mempunyai hak dalam menentukan tingkah laku masing-masing. Namun, pada zahirnya, setiap tindak-tanduk dan perlakuan adalah refleksi kepada peribadi kita, seperti yang dikatakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Ikuti paparan nobel mengenai nilai bersalam dan apakah maksud tersirat yang terselindung di sebalik amalan ini.Salam tanda hormat, kasih“AMALAN bersalam sememangnya dianjurkan namun ia masih tertakluk kepada batasan tertentu.“Biarpun ia suatu amalan yang dapat merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan sesuai dengan adat dan kepercayaan kita,” kata Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Melihatkan cara segelintir orang kita bersalaman hari ini, katanya, dapat dikatakan bahawa kebanyakannya tidak benar-benar mengikut matlamat sebenar amalan bersalam.Ada yang tidak bersungguh-sungguh, bersalam secara sambil lewa, jelasnya.Beliau berkata, bersalam nampak seperti mudah, tetapi pada setiap gerak laku itu sebenarnya memberi makna. Dr Noriah turut memberi contoh bersalam yang wajar diamalkan. “Pada saya, cara yang elok untuk bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan, digenggam sedikit, kemudian tangan dilekatkan ke dada masing-masing.“Menghulur kedua-dua belah tangan menunjukkan kita ikhlas memberi salam dan menyambutnya dengan dua belah tangan pula menunjukkan kita benar-benar menghargai salam yang dihulurkan.“Sesudah itu, apabila kita meletakkan tangan ke dada, menggambarkan bahawa kita menyematkan kasih sayang yang dihulur melalui salam itu ke hati, ”katanya.




Mengenai pelbagai cara bersalam ‘kontemporari’ yang diamalkan sekarang ini, Dr Noriah mengulas, kebanyakan cara bersalam yang ditampilkan itu ditiru daripada Barat yang kadangkala tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang kuat berpegang kepada adat dan agama.“Mengapa perlu mengikut cara orang lain sedangkan budaya warisan kita sudah cukup cantik untuk diamal dan ditunjukkan?“Kadang-kadang ia bukan saja tak manis dipandang, malah tidak membawa apa-apa makna, lari dari prinsip mengapa amalan ini digalakkan.“Ada juga yang tidak menyedari cara bersalam yang mereka ‘pinjam’ dan praktikkan itu mungkin berasal daripada gaya sesetengah kumpulan tertentu seperti gangster atau kongsi gelap yang menggunakan cara berkenaan sebagai identiti mereka,” katanya.Seelok-eloknya, kata Dr Noriah, sambil bersalam, mata memandang ke arah orang yang disalam.“Ia menunjukkan yang kita hormat pada orang itu. Tidaklah seperti segelintir yang bersalam tapi tak pandang muka, malah ada juga yang menyentuh hujung jari saja. Itu tidak bagus dan bagi yang tidak selesa bersalam kerana perbezaan jantina, cukup sekadar senyum dan tunduk sedikit,” katanya.Dr Noriah turut berpesan kepada generasi muda supaya memelihara budaya bersalam kerana ia melambangkan jati diri bangsa.“Nilai seperti inilah yang melambangkan warisan dan budi pekerti sesuatu bangsa,” jelas beliau.

Info salam:

Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam.
Tujuan perlakuan salam pada zaman dulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata.
Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam.

Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu.

Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar yang menilai melalui pandangan mata, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah.

Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, bervisi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem.

Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif.

Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal.

Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka.

Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong.

Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin.

Jenis Jabat Tangan

Jabat tangan basah - elakkan bersalam jika tangan anda sedang basah kerana ia agak menjijikkan. Biasanya tapak tangan akan berpeluh bila anda gugup, jadi pastikan ia kering sebelum bersalam.

Jabat tangan lembut - menunjukkan kelemahan, kurang keyakinan, dan kurang minat.

Jabat tangan sekadar sentuh - cara begini patut dihindari kerana ia akan membuat orang tidak suka kepada anda. Namun ia boleh terjadi bila anda dalam keadaan tergesa-gesa, oleh itu segeralah meminta maaf.

Jabat tangan peras - kadangkala yang bersalam itu ingin membuktikan bahawa dia yang paling kuat. Ada yang suka bersalam cara begini tetapi apa-apapun pastikan orang yang anda salam itu boleh menerima cara anda.

Cinta Kudus Pd Hamba-Nya

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang akumemerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity.Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamumencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan akutidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacatanggota, adakah kamu akan mencintaiKu?”

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil akulakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetapmencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akanmenyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orangyang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segalaciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yangsedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”


Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepadakata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun akuakan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamuditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitamemujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujianbagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yangtegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, akumenyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Akufikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Diaterus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Akujawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...akubukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamulupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukanbantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahipipiku.


Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datangmencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedangkamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahipipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahumenyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lainsedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasanketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirkuuntuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yangbertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagipersoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kinikelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yangkutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalamdirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamukata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahumempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamuberpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamutidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaandan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagaicara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampumenjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu dengansegala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagimenyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatikuberteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belahpipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layakmenjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatkupengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkautetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohonampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabilakamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabilakamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akanmenyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengertikenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosakuselama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solatdalam ertikata yang sebenar.

Wa’allahualam...


Wednesday, January 04, 2006

Pengertian Sebuah Perkahwinan

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang minta diisi
Kerana jejakanya rela menjadi suami
Kerana perawannya rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapanAgar rumahtangga membawa kebahgiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(wah!suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah!isteriku seorang celbriti)

Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah!suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singahsana rasa
Bahagia iu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku, innalillah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Firman Allah s.w.t. :
Ketahuilah dengan mengingati Alah itu memberi ketenangan pada jati suami isteri yang sama sama mengerti maksud tersemi takdir Illahi , itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat“
suamiku,
kaulah pemimpin menuju Illahi”“
isteriku,
kaulah permaisuri hati….”
Penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
Sahlah nikah dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah
Di atas tapak Iman dirikanlah hukum TuhanIman itu tujuan,
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian-isteriku,
taatilah hukum Allah-suamiku,
patuhilah sunnah Rasulullah s.a.w.
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah…
Seninya kerana solatIndahnya oleh munajat
Tapaknya…iman
Jalannya….syariat
Natijahnya….akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumah tangga
dan terciptalah “setia dan penyayang suami,
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
melahirkan anak yang soleh dan solehah