Monday, February 27, 2006


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnyaSi suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Salam Pengikat Ukhwah

Di sebalik jabat tangan , BERJABAT tangan, bersalam; satu amalan yang begitu ‘dekat’ dalam kehidupan masyarakat kita sejak dulu lagi. Ia sudah menjadi budaya dan kelaziman, serta pengukur tinggi budi seseorang.Amalan bersalam tidak terbatas untuk masa tertentu saja, malah ia bagaikan satu kemestian dalam jalinan sesebuah hubungan interpersonal. Ia bukan saja diamalkan di kalangan orang kita saja, malah di peringkat global juga walaupun sesetengah negara mempunyai tradisi berlainan dalam menunjukkan ‘salam’ mereka.Kita sudah terbiasa, bila berjumpa dan diperkenal dengan sesiapa, akan didahului dengan jabat tangan dan apabila hendak berpisah, salam turut dihulur sebagai tanda minta diri.Dalam adat perkahwinan Melayu, sewaktu upacara lafaz akad nikah juga dilakukan secara bersalam antara jurunikah dan pengantin dan juga dalam dunia korporat, amalan ini sering dilihat di waktu perjumpaan, mesyuarat dan tidak ketinggalan di sesuatu majlis menandatangani perjanjian atau kerjasama perniagaan.Jika dilihat dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks kekeluargaan, bersalam dianggap sebagai tanda hormat kepada seseorang, daripada yang muda kepada yang tua, juga sebaliknya.


Malah, nilai murni ini diterapkan sejak kecil, dan pada peringkat itu lagi kita sudah dididik supaya bersalam dengan orang tua, selain membongkok sedikit bila berjalan di hadapan mereka. Tingginya nilai kedua-dua amalan ini dalam budaya kita hingga seseorang itu dikatakan kurang adab jika tidak melakukannya.Melihat dari gaya hidup masa kini pula, amalan bersalam bukan lagi sekadar perlakuan menghulur dan menyambut tangan semata-mata, tetapi pelbagai jenis salam yang dilakukan segelintir masyarakat pada hari ini.Diperhatikan, segelintir remaja dan golongan tertentu yang mempunyai gaya bersalam yang tersendiri. Ada yang berjabat tangan, kemudian bercalit ibu jari, ada yang bersalam kemudian berlaga pipi dan tak kurang juga yang sekadar bertampar tangan saja. Yang tak biasa bersalam pun ada!

Apapun gaya bersalam yang diamalkan, pokok-pangkalnya kembali kepada diri sendiri. Masing-masing mempunyai hak dalam menentukan tingkah laku masing-masing. Namun, pada zahirnya, setiap tindak-tanduk dan perlakuan adalah refleksi kepada peribadi kita, seperti yang dikatakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Ikuti paparan nobel mengenai nilai bersalam dan apakah maksud tersirat yang terselindung di sebalik amalan ini.Salam tanda hormat, kasih“AMALAN bersalam sememangnya dianjurkan namun ia masih tertakluk kepada batasan tertentu.“Biarpun ia suatu amalan yang dapat merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan sesuai dengan adat dan kepercayaan kita,” kata Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Melihatkan cara segelintir orang kita bersalaman hari ini, katanya, dapat dikatakan bahawa kebanyakannya tidak benar-benar mengikut matlamat sebenar amalan bersalam.Ada yang tidak bersungguh-sungguh, bersalam secara sambil lewa, jelasnya.Beliau berkata, bersalam nampak seperti mudah, tetapi pada setiap gerak laku itu sebenarnya memberi makna. Dr Noriah turut memberi contoh bersalam yang wajar diamalkan. “Pada saya, cara yang elok untuk bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan, digenggam sedikit, kemudian tangan dilekatkan ke dada masing-masing.“Menghulur kedua-dua belah tangan menunjukkan kita ikhlas memberi salam dan menyambutnya dengan dua belah tangan pula menunjukkan kita benar-benar menghargai salam yang dihulurkan.“Sesudah itu, apabila kita meletakkan tangan ke dada, menggambarkan bahawa kita menyematkan kasih sayang yang dihulur melalui salam itu ke hati, ”katanya.




Mengenai pelbagai cara bersalam ‘kontemporari’ yang diamalkan sekarang ini, Dr Noriah mengulas, kebanyakan cara bersalam yang ditampilkan itu ditiru daripada Barat yang kadangkala tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang kuat berpegang kepada adat dan agama.“Mengapa perlu mengikut cara orang lain sedangkan budaya warisan kita sudah cukup cantik untuk diamal dan ditunjukkan?“Kadang-kadang ia bukan saja tak manis dipandang, malah tidak membawa apa-apa makna, lari dari prinsip mengapa amalan ini digalakkan.“Ada juga yang tidak menyedari cara bersalam yang mereka ‘pinjam’ dan praktikkan itu mungkin berasal daripada gaya sesetengah kumpulan tertentu seperti gangster atau kongsi gelap yang menggunakan cara berkenaan sebagai identiti mereka,” katanya.Seelok-eloknya, kata Dr Noriah, sambil bersalam, mata memandang ke arah orang yang disalam.“Ia menunjukkan yang kita hormat pada orang itu. Tidaklah seperti segelintir yang bersalam tapi tak pandang muka, malah ada juga yang menyentuh hujung jari saja. Itu tidak bagus dan bagi yang tidak selesa bersalam kerana perbezaan jantina, cukup sekadar senyum dan tunduk sedikit,” katanya.Dr Noriah turut berpesan kepada generasi muda supaya memelihara budaya bersalam kerana ia melambangkan jati diri bangsa.“Nilai seperti inilah yang melambangkan warisan dan budi pekerti sesuatu bangsa,” jelas beliau.

Info salam:

Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam.
Tujuan perlakuan salam pada zaman dulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata.
Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam.

Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu.

Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar yang menilai melalui pandangan mata, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah.

Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, bervisi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem.

Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif.

Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal.

Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka.

Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong.

Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin.

Jenis Jabat Tangan

Jabat tangan basah - elakkan bersalam jika tangan anda sedang basah kerana ia agak menjijikkan. Biasanya tapak tangan akan berpeluh bila anda gugup, jadi pastikan ia kering sebelum bersalam.

Jabat tangan lembut - menunjukkan kelemahan, kurang keyakinan, dan kurang minat.

Jabat tangan sekadar sentuh - cara begini patut dihindari kerana ia akan membuat orang tidak suka kepada anda. Namun ia boleh terjadi bila anda dalam keadaan tergesa-gesa, oleh itu segeralah meminta maaf.

Jabat tangan peras - kadangkala yang bersalam itu ingin membuktikan bahawa dia yang paling kuat. Ada yang suka bersalam cara begini tetapi apa-apapun pastikan orang yang anda salam itu boleh menerima cara anda.

Cinta Kudus Pd Hamba-Nya

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang akumemerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity.Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamumencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan akutidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacatanggota, adakah kamu akan mencintaiKu?”

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil akulakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetapmencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akanmenyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orangyang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segalaciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yangsedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”


Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepadakata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun akuakan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamuditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitamemujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujianbagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yangtegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, akumenyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Akufikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Diaterus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Akujawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...akubukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamulupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukanbantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahipipiku.


Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datangmencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedangkamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahipipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahumenyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lainsedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasanketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirkuuntuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yangbertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagipersoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kinikelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yangkutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalamdirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamukata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahumempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamuberpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamutidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaandan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagaicara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampumenjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu dengansegala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagimenyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatikuberteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belahpipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layakmenjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatkupengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkautetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohonampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabilakamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabilakamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akanmenyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengertikenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosakuselama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solatdalam ertikata yang sebenar.

Wa’allahualam...