Wednesday, January 04, 2006

Pengertian Sebuah Perkahwinan

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang minta diisi
Kerana jejakanya rela menjadi suami
Kerana perawannya rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapanAgar rumahtangga membawa kebahgiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(wah!suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah!isteriku seorang celbriti)

Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah!suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singahsana rasa
Bahagia iu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku, innalillah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Firman Allah s.w.t. :
Ketahuilah dengan mengingati Alah itu memberi ketenangan pada jati suami isteri yang sama sama mengerti maksud tersemi takdir Illahi , itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat“
suamiku,
kaulah pemimpin menuju Illahi”“
isteriku,
kaulah permaisuri hati….”
Penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
Sahlah nikah dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah
Di atas tapak Iman dirikanlah hukum TuhanIman itu tujuan,
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian-isteriku,
taatilah hukum Allah-suamiku,
patuhilah sunnah Rasulullah s.a.w.
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah…
Seninya kerana solatIndahnya oleh munajat
Tapaknya…iman
Jalannya….syariat
Natijahnya….akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumah tangga
dan terciptalah “setia dan penyayang suami,
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
melahirkan anak yang soleh dan solehah