Tuesday, April 26, 2011

MALAS itu satu penyakit mental

"MALASNYE!"
Itulah yang sering kita luahkan kepada diri sendiri dalam sedar ataupun tidak. Memang tidak dapat dinafikan sifat MALAS sentiasa menghantui diri kita sekiranya kita sering terasa diri kita dibebani dengan kerja atau tugas yang bertimbun. Malahan MALAS makin terjadi jika kita terasa :AMAT BOSAN: dengan rutin harian yang dianggap amat remeh untuk dilakukan.

Ini beberapa TIPS BERGUNA yang ingin saya berkongsi bersama;

1. JAUHI PERKATAAN MALAS DI DALAM PEMIKIRAN ANDA!

Setkan minda anda dengan perkataan yang positif! Jangan penuhkan minda anda dengan perkataan yang melemahkan jiwa anda seperti "Saya tak mampu lakukannya", "Saya tak sama seperti awak", "Saya tak pandai macam awak ", dan sebagainya. Ini kerana mengikut kajian, 80% tindakan kita bergantung kepada apa yang kita fikirkan..!
Sebaiknya kita tukar ayat tersebut dengan "Saya HEBAT!", "Saya boleh lakukan!", "Saya BIJAK !" dan cabar diri anda untuk membuktikan SIAPA ANDA sebenarnya.Jika anda sentiasa merasakan diri anda HEBAT dan BIJAK, anda secara tidak langsung akan mencari sesuatu yang membuatkan orang TERPEGUN dengan anda walaupun bukan dengan kata-kata. Dalam masa yang sama, anda akan membuat yang terbaik dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

2. JAUHI ZON SELESA!

Pemikiran orang yang HEBAT dan BERJAYA sentiasa suka dengan RISIKO di mana TIADA orang yang pernah lakukan apa yang dia lakukan . Orang yang HEBAT sentiasa mencari KEUNIKAN yang membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya. Orang yang HEBAT sentiasa menjadi ikutan orang walaupun pada mulanya dirinya DIKUTUK dan DISINDIR. Ini kerana KEUNIKAN itulah yang membezakan anda dengan orang lain. KEUNIKAN yang membawa KEBAIKAN kepada orang lain membuatkan ANDA SENTIADA DIPUJI dalam DIAM.
Oleh itu, carilah sesuatu yang membuatkan anda sentiasa mencari perkara baru! Zon yang selesa membuatkan anda menjadi MALAS dan LESU untuk berfikir bagi mencari KEUNIKAN diri. Jangan terpedaya dengan ZON SELESA anda kerana sekiranya anda berada di dalam ZON YANG SUKAR anda akan menjadi LEMAH dan SENANG DIPERBODOHKAN oleh orang lain. Berhati-hatilah!

3. BERMOHON DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH.

Manusia sering alpa dengan KESENANGAN yang ada buat sementara. Bila ditimpa MUSIBAH barulah ingin membuat perubahan yang lebih baik. Sedangkan ANDA SUDAH JAUH KETINGGALAN dan terpaksa mengejar berbatu- jauhnya untuk sama seperti oang yang BERJAYA. Tidakkah itu satu kerugian yang amat BESAR? Oleh itu bermohonlah kepada Allah agar anda sentiasa ditiupkan semangat baru yang sentiasa berkobar-kobar untuk melakukan perubahan diri. Jangan Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, baru menyedari kelemahan dan ingin berpatah balik. Sudah Terlewat Sayang! Inilah masanya untuk melangkah dengan GAGAH ke arah medan perjuangan hidup. Hari ini adalah hari yang terbaik dan lakukan yang terbaik bermula dari saat anda menghabiskan ayat ini.Esok tiada siapa yang tahu apakah pengakhiran hidup anda.


Sama-samalah kita fikirkan...

Tuesday, May 25, 2010

Self-esteem



Perbezaan Individu Yang Mempunyai HArga Diri TInggi VS HArga Diri Rendah


Harga diri ditunjukkan dengan jelas cara kita berpakaian, bertutur dan bertindak.


Ciri-ciri Indivicu Harga Diri TInggi

1. Rasa layak untuk hidup

2. Yakin Diri . (Sikap saya "Boleh!")

3. Hormat Diri

4. Sentiasa Berusaha Memajukan Diri

5. Perasaan Keharmonian dan Kedamaian Dalam Diri

6. Hubungan Interpesonal Yang Baik

7. Menerima Tanggungjawab Kehidupannya

8. Sabar menghadapi kekecewaan

9. Tegas

10. Ramah

11. Sanggup mengambil risiko yang terhitung

12. Penyayang dan mudah disayangi

13. Terarah kendiri dan berdikari Cool


Ciri-ciri Indivicu Harga Diri Rendah


1. Penyahut risiko yang rendah

2. Takut persaingan dan cabaran

3. Mengkritik orang dengan melampau

4. Tidak tegas

5. Kurang inisiatif

6. Pesimistik

7. Pemalu

8. Ragu-ragu membuat keputusan

9. Benci diri atau kurang sayang diri

10. Berasa tidak disayangi

11. Menyalahkan orang lain bagi kelemahannya

12. Aspirasi rendah.

Sunday, January 10, 2010

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar




Sepanjang pembacaan dan rujukan pelbagai sumber, SPC amat teruja dalam mengkaji dan mengetahui tips dan kaedah menjana IQ "kanak-kanak pintar". Di sini SPC ingin berkongsi bersama-sama pembaca apa yang telah SPC perolehi:

cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya


embarrassed Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Tip membentuk anak berkelakuan baik



Tip membentuk anak berkelakuan baik

*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.

*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.

*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.

*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

Wednesday, June 03, 2009

Monday, May 18, 2009

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif ++

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif ++



1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia".
Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.

Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto (Indonesia) yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.

Inilah juga yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin di negara kita sekarang ini. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin (wakil rakyat).

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan.

"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut."
Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan:
Penakut tidak dapat apa-apa.

Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Diri Anda!

Monday, May 11, 2009

Projek Akhir Student Multimedia Sesi 2 2008/2009

Assalamualaikum semua,

Kali ini SPC ingin berkongsi pengalaman mengajar student SPC yang memang la 'nakal' dan bijak. Erm..tau-taula muda remaja.Semua nak explore kan!. Tapi, kalau bab explore untuk ilmu baru memang la liat bukan main. Okla, ini antara projek DDZ2543 (Teknik Rekabentuk Arahan & Alatan Gubahan) yang student buat. Boleh tahan jugak..
:-)