Tuesday, July 18, 2006



Created By SPC 2006
Ini adalah beberapa laman web yang telah dibangunkan oleh SPC sejak 2006.Iyelah masa tuh baru kije ngan IDIS. Jadi kena la kuatkan semangat untuk siapkan beberapa projek.Sekarang tengah sibuk ngan MyStaf lak.
OK la, SPC dah kekenyangan nih.Nak tulis pun jadi malas.
Bye...
:)

Wednesday, July 12, 2006

At Taman Tasik Perdana (Pameran Landskap 2006)



Di Taman Tasik Perdana Sempena Pameran Landskap 2006 (11/07/2006 8.00 pm)

Wah..cantiknyer pameran lanskap nih. Rugi kalau korang tak gi. Pameran ni berakhir 16 Julai 2006.Tu la SPC ajak tokey top up gi sama.Rugi lepaskan peluang nih.Setahun sekali je tuh. Masa nih cadangnyer SPC nak gi kul 5.30 petang lepas abih kije. Tapi disebabkan kije banyak, tambah lagi SPC tak sabar2 nak tengok apa yang ada kat pameran nih jadi SPC ajakla tokey top up gi sekali.Hehehe..sian tokey top up. Mesti penat jln2 keliling tasik perdana nih. Lagipun tasik nih cantik geng. Kalau nak gi joging memang syiok. Jgn kan joging dating pon masyuk.hihi..
Masa SPC sampai kat sini SPC ingatkan nak ushar2 ke dulu...betul ke best.Bila SPC sampai jek kat pintu masuk SPC tengok ramai orang berbaris...loh, kena bayar la.Ingatkan pree. SPC nak sangat tengok, yelah dah alang2 datang jauhkan. Jadi SPC pun bayar tiket masuk untuk 2 orang.Satu untuk SPC n satu lagi untuk tokey top up.

Bila SPC masuk je kitorang di beri pelan masuk.Punyer la panjang benor laluan pameran nih. Ada jual bunga2an sekali tuh.huhu.ingatkna nak beli lepas pusing semua tempat tapi tak sempat la.Sebab masa tu tak semua tempat kitorang gi.Nak gi lagi!

Kat atas tuh SPC letak gambar yang ok. Kebanyakkanyer gambar gelap sebab malam,kan! Tapi kalau gi siang lagi besh. huhuhu..
Korang tau tak, masa SPC jln2 ni, SPC terserempak ngan IZZAh n SHAH.Kawan kamceng masa kat kuliah dulu. Tapi yelah, masa tuh kawan kamceng kat UKM .Sekarang terlost contact. Izzah n Shah maintain jer. SPC gak yang susah nak maintain.heheh..kejap montel, kejap kurus pastu montel balik.Tapi montel2 pun, ada gak orang sayang..hohoho..my famili la..:p

Erm..apa2 pun SPC nak ucapkan tima kasih bebanyak kat tokey top up sebab temankan SPC gi sana. Kalau tak, memang tak merasa la nak tengok pameran tuh. SPC sayang kat tokey top up nih..heheh
:P
K la, melalut banyak2 pun korang tak dapat rasa mcmmana best nyer gi sana. Kalau korang sempat baca blog nih sebelum 16/07/2006..bertuah la korang sebab dapat tengok lagi ..kalau nak tengok la..kalau tak, erm..melepas..
Chiow dulu ek..
Luv U all,
SPC

Sunday, July 09, 2006

My BestFriend, my Love ..[At Tasik Ttiwangsa 6.30 pm]








At Tasik Titiwangsa 09/07/2006 (6.30 pm)

Masa ni SPC bercadang ngan tokey topup ni nak gi joging keliling tasik 2 round.Tapi memandangkan terbabas masa, SPC cuma leh amik gambar la.Itupun pencahayaan tak berapa masyuk..hehhe.
Tokey top up ni pun satu.Masa ni la nak gi joging lak..hehhe
Ok la, tak leh nak komen banyak2....
Chow...
Luv u, SPC

Monday, July 03, 2006

Its my Office and my lovely stuff...







Catch by My Camera Digital (Sony Cybershot 6.0 MP)
Heheh..kengkawan jgn jeles tau.Ni pon abih duit simpanan semata2 nak beli camera digital nih.huu.. Sebenarnya nak gunakan untuk e-commerce nanti.Yelah..nak buat perniagaan online.hehe..
Kalau ikutkan gaji Imatera nih baper la sangat...sekadar boleh lepas perut boleh la..nak bayar kete, motor, sewa umah, bil api letrik, shopping2, alat2 kosmetik, facial muka, facial badan,dan dot dot dot...hi..naik botak nak bayar semua tuh. Jadi, sebaik2 nya ada la sumber pendapatan sampingan...hehe..
Entah la, dalam perancangan 2007...

p/s: Alem, ko nyer projek tuh ganer citer? :-P

Cadangan Membina Projek Duit Lebih..hehehe

Thursday, June 15, 2006



Nurani - Kristal

Jangan menangis Nurani
Jangan bersedih Nurani
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya

Jangan menyesal Nurani
Jangan berdendam Nurani
Apa dah tulis Apa dah Takdir
Kita tak mampu meronaknya

c/o
Biarkan saja masa ( lalu )
Yang membongkar rahsia ( kita )
Mengapakah kita bertemu Dan berpisah ( kasihku )
Sedang cinta kitaBukan kita yang menyusun
Alkisah sampai ke akhir cerita

oohh...Biar pun zahir berjauhan
Biar pun batin bersempadan
kasih terhijab masih menyimpan
cinta rapi di dalam...

Monday, February 27, 2006


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnyaSi suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Salam Pengikat Ukhwah

Di sebalik jabat tangan , BERJABAT tangan, bersalam; satu amalan yang begitu ‘dekat’ dalam kehidupan masyarakat kita sejak dulu lagi. Ia sudah menjadi budaya dan kelaziman, serta pengukur tinggi budi seseorang.Amalan bersalam tidak terbatas untuk masa tertentu saja, malah ia bagaikan satu kemestian dalam jalinan sesebuah hubungan interpersonal. Ia bukan saja diamalkan di kalangan orang kita saja, malah di peringkat global juga walaupun sesetengah negara mempunyai tradisi berlainan dalam menunjukkan ‘salam’ mereka.Kita sudah terbiasa, bila berjumpa dan diperkenal dengan sesiapa, akan didahului dengan jabat tangan dan apabila hendak berpisah, salam turut dihulur sebagai tanda minta diri.Dalam adat perkahwinan Melayu, sewaktu upacara lafaz akad nikah juga dilakukan secara bersalam antara jurunikah dan pengantin dan juga dalam dunia korporat, amalan ini sering dilihat di waktu perjumpaan, mesyuarat dan tidak ketinggalan di sesuatu majlis menandatangani perjanjian atau kerjasama perniagaan.Jika dilihat dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks kekeluargaan, bersalam dianggap sebagai tanda hormat kepada seseorang, daripada yang muda kepada yang tua, juga sebaliknya.


Malah, nilai murni ini diterapkan sejak kecil, dan pada peringkat itu lagi kita sudah dididik supaya bersalam dengan orang tua, selain membongkok sedikit bila berjalan di hadapan mereka. Tingginya nilai kedua-dua amalan ini dalam budaya kita hingga seseorang itu dikatakan kurang adab jika tidak melakukannya.Melihat dari gaya hidup masa kini pula, amalan bersalam bukan lagi sekadar perlakuan menghulur dan menyambut tangan semata-mata, tetapi pelbagai jenis salam yang dilakukan segelintir masyarakat pada hari ini.Diperhatikan, segelintir remaja dan golongan tertentu yang mempunyai gaya bersalam yang tersendiri. Ada yang berjabat tangan, kemudian bercalit ibu jari, ada yang bersalam kemudian berlaga pipi dan tak kurang juga yang sekadar bertampar tangan saja. Yang tak biasa bersalam pun ada!

Apapun gaya bersalam yang diamalkan, pokok-pangkalnya kembali kepada diri sendiri. Masing-masing mempunyai hak dalam menentukan tingkah laku masing-masing. Namun, pada zahirnya, setiap tindak-tanduk dan perlakuan adalah refleksi kepada peribadi kita, seperti yang dikatakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Ikuti paparan nobel mengenai nilai bersalam dan apakah maksud tersirat yang terselindung di sebalik amalan ini.Salam tanda hormat, kasih“AMALAN bersalam sememangnya dianjurkan namun ia masih tertakluk kepada batasan tertentu.“Biarpun ia suatu amalan yang dapat merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan sesuai dengan adat dan kepercayaan kita,” kata Prof Madya Dr Noriah Mohamed.Melihatkan cara segelintir orang kita bersalaman hari ini, katanya, dapat dikatakan bahawa kebanyakannya tidak benar-benar mengikut matlamat sebenar amalan bersalam.Ada yang tidak bersungguh-sungguh, bersalam secara sambil lewa, jelasnya.Beliau berkata, bersalam nampak seperti mudah, tetapi pada setiap gerak laku itu sebenarnya memberi makna. Dr Noriah turut memberi contoh bersalam yang wajar diamalkan. “Pada saya, cara yang elok untuk bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan, digenggam sedikit, kemudian tangan dilekatkan ke dada masing-masing.“Menghulur kedua-dua belah tangan menunjukkan kita ikhlas memberi salam dan menyambutnya dengan dua belah tangan pula menunjukkan kita benar-benar menghargai salam yang dihulurkan.“Sesudah itu, apabila kita meletakkan tangan ke dada, menggambarkan bahawa kita menyematkan kasih sayang yang dihulur melalui salam itu ke hati, ”katanya.




Mengenai pelbagai cara bersalam ‘kontemporari’ yang diamalkan sekarang ini, Dr Noriah mengulas, kebanyakan cara bersalam yang ditampilkan itu ditiru daripada Barat yang kadangkala tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang kuat berpegang kepada adat dan agama.“Mengapa perlu mengikut cara orang lain sedangkan budaya warisan kita sudah cukup cantik untuk diamal dan ditunjukkan?“Kadang-kadang ia bukan saja tak manis dipandang, malah tidak membawa apa-apa makna, lari dari prinsip mengapa amalan ini digalakkan.“Ada juga yang tidak menyedari cara bersalam yang mereka ‘pinjam’ dan praktikkan itu mungkin berasal daripada gaya sesetengah kumpulan tertentu seperti gangster atau kongsi gelap yang menggunakan cara berkenaan sebagai identiti mereka,” katanya.Seelok-eloknya, kata Dr Noriah, sambil bersalam, mata memandang ke arah orang yang disalam.“Ia menunjukkan yang kita hormat pada orang itu. Tidaklah seperti segelintir yang bersalam tapi tak pandang muka, malah ada juga yang menyentuh hujung jari saja. Itu tidak bagus dan bagi yang tidak selesa bersalam kerana perbezaan jantina, cukup sekadar senyum dan tunduk sedikit,” katanya.Dr Noriah turut berpesan kepada generasi muda supaya memelihara budaya bersalam kerana ia melambangkan jati diri bangsa.“Nilai seperti inilah yang melambangkan warisan dan budi pekerti sesuatu bangsa,” jelas beliau.

Info salam:

Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam.
Tujuan perlakuan salam pada zaman dulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata.
Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam.

Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu.

Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar yang menilai melalui pandangan mata, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah.

Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, bervisi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem.

Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif.

Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal.

Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka.

Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong.

Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin.

Jenis Jabat Tangan

Jabat tangan basah - elakkan bersalam jika tangan anda sedang basah kerana ia agak menjijikkan. Biasanya tapak tangan akan berpeluh bila anda gugup, jadi pastikan ia kering sebelum bersalam.

Jabat tangan lembut - menunjukkan kelemahan, kurang keyakinan, dan kurang minat.

Jabat tangan sekadar sentuh - cara begini patut dihindari kerana ia akan membuat orang tidak suka kepada anda. Namun ia boleh terjadi bila anda dalam keadaan tergesa-gesa, oleh itu segeralah meminta maaf.

Jabat tangan peras - kadangkala yang bersalam itu ingin membuktikan bahawa dia yang paling kuat. Ada yang suka bersalam cara begini tetapi apa-apapun pastikan orang yang anda salam itu boleh menerima cara anda.

Cinta Kudus Pd Hamba-Nya

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang akumemerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity.Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamumencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan akutidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacatanggota, adakah kamu akan mencintaiKu?”

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil akulakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetapmencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akanmenyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orangyang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segalaciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yangsedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”


Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepadakata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun akuakan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamuditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitamemujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujianbagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yangtegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, akumenyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Akufikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Diaterus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Akujawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...akubukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamulupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukanbantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahipipiku.


Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datangmencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedangkamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahipipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahumenyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lainsedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasanketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirkuuntuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yangbertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagipersoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kinikelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yangkutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalamdirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamukata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahumempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamuberpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamutidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaandan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagaicara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampumenjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu dengansegala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagimenyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatikuberteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belahpipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layakmenjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatkupengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkautetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohonampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabilakamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabilakamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akanmenyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengertikenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosakuselama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solatdalam ertikata yang sebenar.

Wa’allahualam...


Wednesday, January 04, 2006

Pengertian Sebuah Perkahwinan

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang minta diisi
Kerana jejakanya rela menjadi suami
Kerana perawannya rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapanAgar rumahtangga membawa kebahgiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(wah!suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah!isteriku seorang celbriti)

Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah!suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singahsana rasa
Bahagia iu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku, innalillah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Firman Allah s.w.t. :
Ketahuilah dengan mengingati Alah itu memberi ketenangan pada jati suami isteri yang sama sama mengerti maksud tersemi takdir Illahi , itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat“
suamiku,
kaulah pemimpin menuju Illahi”“
isteriku,
kaulah permaisuri hati….”
Penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
Sahlah nikah dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah
Di atas tapak Iman dirikanlah hukum TuhanIman itu tujuan,
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian-isteriku,
taatilah hukum Allah-suamiku,
patuhilah sunnah Rasulullah s.a.w.
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah…
Seninya kerana solatIndahnya oleh munajat
Tapaknya…iman
Jalannya….syariat
Natijahnya….akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumah tangga
dan terciptalah “setia dan penyayang suami,
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
melahirkan anak yang soleh dan solehah

Wednesday, December 28, 2005

Pameran Narnia kat Mid Valley
















Best tengok pameran Narnia...Cantik...

Karnival Sukan IDIS 2005/2006


Assalamualaikum geng. Dah lama SPC tak menulis di dalam blog ni kan! Iyerlah, projeck tengah hot lagi.Mana sempat nak buka blogger nih. Sekarang SPC dah ada masa sket. Project pun dah launch ke internet.Project MOH tu. Bukan senang geng. Main dgn codding JAVA ni buat SPC tak lena tido sampai project ni success. Macam2 kena betulkan...itulah, inilah...

Baru2 nih SPC aktif ngan karnival sukan yg diadakan oleh Kelab IDIS. Dah lama SPC tak main.Bila dapat main, abih keluar balik aura2 tomboy yang dulunya hampir pupus dek main gamelan jer. Iyerlah, main gamelan kena la lemah lembut.Kalau ganazz macam the rock, alamatnyer pecah berlubang la bonang n gambang.Hehehe...korang tau ker ape tu bonang, gambang nih? Kalau tak tau kenala masuk Kelab Gamelan ...(p/s: Promote lagi! )

Gambar di atas ni gambar SPC ngan geng2 bola jaring yang bertanding hari tu. SPC ngantuk sket hari tu, jadi mata pun terpejam....Sebenarnya kesilapan teknikal . Ada ke Fikar Kamal,tak kira 1,2,3 masa nak amik gambar. Kan dah dapat gambar candid.Mujur tetap maintain come' gitu..

Mula2 kitorang lawan pasukan i-Park. Menang .... Menang besar mas tu. Jadi budget2 la nak amik juara. Pastu lawan i-Trax lak.Loh..Kalah..cam mana leh kalah nih? Nak buat camner..bagi peluang kat orang lain la plak...i-Portal kan asyik menang jer..(ceh, cover!)

Banyak lagi gambar yang ada.Tapi tak sempat nak mintak kat Fikar. Hero i-Portal sorang ni.(Fikar, kalau ko baca blog nih, jgn marah yer.Tak macho nanti! :-p)

Oklah, apa2 berita sensasi SPC bagitau kat korang yerk.Bubye...

Thursday, November 17, 2005

Jamuan Hari Raya

Wah...Kenyangnyer.Hari nih opis buat jamuan hari raya.Semua sempat rembat tapi rendang tak sempat nak rembat la.Cadangnyer SPC nak bawa kek tapi tak sempat nak beli da..ceh..alasan tu! hehhee.
OKla, sebab kenyang sangat nih, nak tulis pun tak larat. Nak gi main internet jap.Bubye!

Friday, September 23, 2005

Rahsia Tarikh Lahir


Assalamualaikum...

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)
---------------------------------------------------------------------------------------------
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
--------------------------------------------------------------------
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
--------------------------------------------------------------------
3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Merekasuka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
--------------------------------------------------------------------
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
--------------------------------------------------------------------
5. Perintis
Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
----------------------------------------------------------------------
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
----------------------------------------------------------------------

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
-----------------------------------------------------------------
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
---------------------------------------------------------------------

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Wednesday, September 14, 2005

Salam Perkenalan

Wah..nampaknya hari ini adalah hari yang paling relax sebab bos takder. G outstation ngan projek baru. Tapi dengar2 kena buat projek laman web MOE la plak. ALa, Kementerian Pelajaran Malaysia punyer laman web. Em..alamatnyer kena stay back lagi la kat opis tak lama lagi.

Hai..bila la nak jadi kayer dengan tertiber yer...

Ops..esok ader raptai konvo.Kat UKM Bangi. Kul 9.oo pagi.Terpaksalah bangun awal berebut naik train Putra LRT tu. Mak..nak naik kete! :p
Tapi lesen takder..duit pun tak cukup lagi nak buat lesen kete.Lesen basikal boleh la. Kalau kengkawan boleh tolong, tolong carikan lesen kete free yer!
Hehehe..

~ Cinta ini Hanya UntukMU Tuhan Yang Satu ~
-Si Pekebun Cinta-

Monday, September 12, 2005

Berkelah d Sungai Congkak




Berkelah di sungai congkak pada 10/09/2005. Gambar bersama Kak Ina, Kak Baya, Pejom n Din (pakwe Kak Baya.hehe, kantoi..) Diorang la kawan sepejabat yang paling kamceng...wacaya korang..

Hari ini adalah hari yang dapat lepas tension sket. Yelah, projek baru setel. Bayangkan kena buat sistem Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) dalam masa 10 hari jerk. Mujurla tak de sakit jantung. Kalau tak memang masuk ICU dah.
Masa berkelah nie tak dapat makan ayam panggang. Mandi punyer pasal sampai diorang dah angkut bawa balik semua makanan yang ada. Rugi RM1 den...kena bayar lak tu..huhuhu :'(

Sekarang tengah tunggu projek baru. Hai..alamatnyer naik rabun la mata den. Yelah ngadap komputer jer.
Selamat Datang Ke Blog Ikin. Anda sedang disajikan dengan pelbagai cerita2 hangat terkini di dalam dan di luar negara. Namun blog ini masih dalam penambahbaikan. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Sebarang komen atau cadangan dialu-alukan. Ceria Selalu!! :-)

Asalamualaikum....

Aper khaboer demo?